Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Mujahid Yusof didakwa bermain politik murahan dengan niat jahat apabila menuduh UMNO menyebabkan aset-aset Lembaga Tabung Haji rugi.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata, ini diumpamakan seperti baling batu sembunyi tangan.

“Diajak berdialog Kekanda tolak kononnya ‘politik murahan’, dihantar pula Pengerusi Lembaga Ikan untuk mencabar saya berdebat isu Tabung Haji. Didesak tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) siasat penyelewengan Tabung Haji sebagaimana didakwa, diam seribu bahasa!

“Kekanda ni bagaimana sebenarnya?,” soal Asyraf yang mengulas penjelasan Mujahid mengenai aset-aset Tabung Haji yang dipindahkan kepada syarikat tujuan khas (SPV) milik kerajaan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, sebanyak 29 aset Tabung Haji yang mengalami kerugian dipindahkan ke SPV termasuk empat hotel yang tular di media sosial.

Kesemua aset tersebut dipindahkan dengan nilai asal bagi memastikan operasi TH dikekalkan.

“Prinsip pemulihan TH ialah mengenal pasti aset yang rugi bagi menyelamatkan defisit warisan UMNO,” katanya menerusi Twitter.

Terdahulu, Asyraf telah mempersoalkan percanggahan kenyataan Mujahid menerusi akaun Facebooknya.

Katanya, dalam posting awal, Mujahid membuat kenyataan tentang operasi Hotel TH dihentikan tetapi selepas rakyat bising, posting berkenaan dipadamkan dan memuat naik kenyataan Tabung Haji bahawa Hotel TH diteruskan.

“Dua posting bercanggah Kekanda Menteri YB Dr Mujahid Yusof Rawa. Posting awal Operasi Hotel TH DIHENTIKAN. Lepas RAKYAT bising, padam posting lama, muat naik kenyataan TH Operasi Hotel TH DITERUSKAN.

“Tidak DIJUAL cuma DIPINDAH MILIK! Tidak dihentikan cuma TUKAR NAMA daripada TH HOTEL kepada RAIA HOTEL!

“Siapa percaya angkat tangan 🙋🏾?,” soal beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

7 Komen

    • Betul tu…
      sebab ramai kekwan umno bahagian adalah kawan saya.
      Saya mulai menjauhi umno mulai 2016 bila banyak kes penyelewengan dah terbongkar.

    • Bodoh punya komen..Yang asyraf minta adalah bukti sbb itu beliau mntak diadakan RCI lagipun itu adalah salah satu janji manipestol bukan kitab spt yg dilaungkn oleh madey….Buktikanlah spya rakyat tahu sape dia menipu…susah sgt ke??? Ini apabila diajak berdialog diam sejuta bahasa, pengecut..dlm mainstream media duk pong pang, pong pang macam hebat sgt ttpi apabila diminta utk membuktikan, diminta buat RCI, terus masuk dlm gua…Apa punya Menteri Agama mcm ni…Adakah ini shj standard puak2 pakatan taik iaitu hnya tau menuduh dan apabila diminta memberi bukti terus pegi betapa dlm gua?

    • Merapu ke apabila yang diminta oleh asyraf hanyalah bukti terhadap apa yg dilakukan oleh pakatan taik ni? Buatlah RCI kalau berani…Baru boleh tau sape yang menipu atau merapu…

  1. Asraf.
    Hasil peninggalan umno keadaan negara dah tenat. Bukan senang nak pulih keadaan ekonomi negara yang duit negara dah banyak tiris.
    Kalau bn tak kalah entah apa2 cukai lagi akan dikenakan ke atas rakyat.
    Kita boleh apa nampak yang pemimpin umno buat selamat ini… kenyataan2 penyelewengan yang dibongkarkan setiap hari di dalam mahkamah kita boleh baca.
    Saya bekas penyokong umno tau ramai pemimpin umno di Bahagian sombong, bongkak tamak haloba dan kaut kekayaan untuk diri sendiri.
    Anda cuba berpolitik untuk menutup penyelewengan rakan2 anda yang lepas dengan menuduh pihak lain yang buat hal.
    PH BUKAN BAGUS SANGAT TAPI UMNO/BN LAGI TERUK sebab itu rakyat tolak bn.

  2. P report lah buat apa bising,kejahatan umno BN terbongkar satu persatu.Allah makbul doa orang kena zalim.Alhamdulillah lepas kecungdang baru nampak punya penyamun puak ni.Bayangkan Mahadhir khalid terima duit rasuah 1juta sebulan selama 2 tahun projek solar seperti ddrdah dalam perbicaraan dato seri najib.Sudah sudah lah bangsaku jauhilah puak perasuah ni.Kita doakan mereka ni dihukum sebagsi pengajaran pada orang lain…

Comments are closed.