Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bercakap semasa sidang media pada Program Kesihatan Mental Universiti Malaya Foyer di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 20 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Dua lagi pesakit Covid-19 disahkan sembuh sepenuhnya dan telah dibenarkan pulang lewat petang semalam.

Kata Menteri Kesihatan Dr. Dzulkefly Ahmad, kedua-dua merupakan warganegara China masing-masing berumur 27 tahun (lelaki) dan 32 (wanita).

Perkembangan terbaru itu menyaksikan kini sebanyak 17 kes wabak tersebut telah sembuh.

“Dua kes tersebut adalah ke-20 lelaki warga China 27 tahun disahkan positif 14 Febuari. Lagi satu kes-21 wanita,” katanya ketika sidang media di sini hari ini.

Beliau turut mengesahkan tidak ada kes baharu wabak itu.

Menurut Dzulkefly jumlah kumulatif Covid-19 kekal sebanyak 22 kes.

“Masih berstatus positif pula lima orang,” kata Menteri Kesihatan itu lagi. -MalaysiaGazette