Eksport Minyak sawit Malaysia ke India merosot 85 peratus pada januari 2020 selepas berlaku pertikaian dagangan antara Malaysia dan New Delhi.

NEW DELHI – India telah mengeluarkan lesen import untuk 1.1 juta tan palmolein halus dari Indonesia, kata sumber kerajaan India memberitahu Reuters pada Khamis.

Laporan eksklusif Reuters itu berkata, langkah itu sekaligus telah mengejutkan industri komoditi itu kerana baru Januari lalu New Delhi menyekat import komoditi itu.

Pembelian semula palmolein oleh India selaku pengimport minyak sawit terbesar dunia, boleh melonjakkan jumlah import minyak sawit dan menyokong perniagaan masa depan kelapa sawit Malaysia FCPOc3 yang mencecah tahap tinggi harganya dalam tempoh selama tiga tahun pada Januari lalu.

Pada 8 Januari lalu, India telah menyenaraikan minyak kelapa sawit dan Palmolein dalam senarai barang terhad.

Sumber berkata ia satu langkah tindak balas India terhadap pembekal utama Malaysia selepas hadir kritikan Perdana Menteri negara tersebut terhadap tindakan India di Kashmir menerusi penguatkuasaan Akta Undang-undang Kewarganegaraan baharu.

Langkah itu mendorong para pedagang mendapatkan keizinan daripada Pengarah Urusan Perdagangan Luar (DGFT) untuk mengimport minyak sawit palmolein halus dari Indonesia dan sayap kementerian Perdagangan India menerima lebih 100 permohonan untuk lesen import tersebut.

DGFT telah mengeluarkan lesen import 1.1 juta tan minyak sawit palmolein halus(ditapis) kepada peniaga berdasarkan kapasiti permohonan mereka, menurut seorang pegawai kerajaan dan tiga rakan dagang India.

Pegawai kerajaan itu menambah New Delhi hanya membenarkan mengimport palmolein halus dari Indonesia sahaja.

Pada minggu kedua Januari lalu, New Delhi mendesak pengimport minyak sawit negara tersebut supaya memboikot produk Malaysia selepas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengkritik tindakan India di wilayah Kashmir dan undang-undang baharu yang dikuatkuasakan terhadap kaum minoriti itu.

Dalam permohonan lesen import, para pengimport dikehendaki menyebut negara asal minyak sawit diperolehi mereka dan semua pedagang menyatakan nama Indonesia menurut seorang peniaga yang diluluskan lesen import itu.

Graf menunjukkan India membeli lebih banyak minyak sawit dari Indonesia untuk menampung kekurangan import dari Malaysia ekoran ketegangan rentetan kritikan mahathir terhadap tindakan India di Wilayah Kashmir.- Foto Reuters

“Saya tidak tahu sesiapa yang ada menyebut Malaysia sebagai negara asal pembelian minyak sawit, cuma saya tahu beberapa pedagang lain menyebut nama Indonesia sahaja,” katanya.

Malah tindakan mengejut New Delhi yang memperuntukan lesen dalam jumlah besar telah mengejutkan industri komoditi itu selain pegawai kanan Kementerian Perdagangan India.

“Membenarkan imporr minyak sawit palmolein besar-besaran dari Indonesia menidakkan objektif asal kerajaan meletakkan komoditi itu dalam senarai barang impot terhad selama ini,” kata Pengarah Eksekutif Badan Perdagangan Pelukis Pelarut yang berpusat di Mumbai, B.V.Mehta.

Import minyak sawit New Delhi pada Januari lalu jatuh 27 peratus dari tahun lalu kepada 594,804 tan metrik sebahagiannya disebabkan oleh sekatan ke atas import minya kelapa sawit kata SEA dalam satu kenyataan.

India telah mengimport 9.4 juta tan minyak sawit dalam tahun pemasaran yang berakhir pada 31 Oktober 2019, termasuk 2.72 juta tan minyak kelapa sawit.

Minyak sawit membentuk hampir dua pertiga daripada jumlah minyak India yang boleh dimakan.

India membeli minyak sawit terutamanya dari Indonesia dan Malaysia yang merupakan pengeluar komoditi terbesar dan kedua terbesar di dunia.-MalaysiaGazette