Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mengesahkan  kabinet  ketika bermesyuarat semalam ada  membincangkan tentang cadangan melarang pelancong China ke negara selama sebulan.

Bagaimanapun beliau  berkata, sebarang keputusan mengenainya akan diumum oleh Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Pengerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

“Ada dibincang dan diminta menantikan pengumuman dibuat nanti. Perkara ini akan dimaklumkan pihak NADMA. Kalau ada perkara berbangkit dari kabinet saya yakin NADMA di bawah TPM akan keluarkan kenyataan (maklumkan). Saya yakin perkara ini akan dimaklumkan oleh TPM sendiri,” katanya dalam sidang media hari ini.

Terdahulu Dzulkefly ditanya tentang maklumat sumber mengatakan bahawa kabinet semalam membincangkan larangan pelancong dari China untuk masuk ke negara selama sebulan memandangkan wabak Covid-19 di negara itu semakin menular.

Bagaimanapun Dzulkefly berpendirian tindakan tersebut sangat munasabah untuk diambil buat masa ini.

“Kita (kerajaan) sentiasa buat penilaian apa yang perlu berdasarkan maklumat dan bukti. Perkara itu dilihat sangat munasabah dan akan diambil jika ada keperluan,” tambahnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast