BEIJING – Tanah Besar China menyaksikan pertambahan 889 kes baharu jangkitan Covid-19 semalam.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan berkata, jumlah itu adalah kenaikan berbanding 395 kes sehari sebelumnya.

Dengan peningkatan itu, jumlah kes jangkitan Covid-19 yang disahkan di China sebanyak 75,465.

Manakala kes kematian akibat wabak itu mencecah 2,236 kes semalam, meningkat sebanyak 118 kes berbanding hari sebelumnya.

Hubei yang menjadi lokasi punca wabak pula merekodkan 115 kematian baru dengan ibu negeri itu, Wuhan mencatatkan 99 kes kematian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast