Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P. Gunasekaran (kiri) bersama tiga yang lain diiring anggota polis ketika hadir ke Mahkamah Sesyen atas dakwaan baharu mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Kompleks Mahkamah Duta Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 31 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Berikut adalah penutup kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berkait dengan keputusan beliau memberhentikan prosiding terhadap 12 individu yang berhadapan dengan pertuduhan keganasan kerana menyokong Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) berkuat kuasa serta merta.

KEPUTUSAN

Ia adalah lazim untuk mempunyai idola yang diagungkan. Ia bukan sekadar bintang pop, ahli sukan atau pelakon yang dikagumi: personaliti-personaliti sejarah dan ahli politik adalah subjek yang sering dipuja.

Oleh itu, jutaan orang diseluruh dunia mengagumi Lenin, Stalin, Mao Tse Tung atau Che Guevara, dan seumpamanya.

Mempunyai gambar-gambar mereka dan representasi-representasi lain yang berkaitan dengan mereka di dalam telefon bimbit atau akaun Facebook seseorang tidak menukar seseorang menjadi pengganas.

Hanya kerana setiap seorang pemimpin ini menggunakan keganasan atau kekerasan untuk mencapai matlamat politik mereka tidak bermakna bahawa seorang penyokong tegar atas talian seharusnya dianggap sebagai seorang pengganas atau merancang perbuatan keganasan.

Itu merupakan tema umum kesemua 12 tertuduh LTTE. Setiap seorang daripada mereka mempunyai di dalam telefon bimbit atau akaun Facebook mereka gambar Prabhakaran dan pemimpin-pemimpin lain LTTE yang terbunuh semasa Perang Saudara di Sri Lanka.

Sekiranya perbuatan sedemikian boleh terjumlah sebagai satu kesalahan jenayah, ia akan meletakkan undang-undang ke tempat yang tidak dihormati.

Namun walaupun berkemungkinan terdapat elemen-elemen “perbuatan pengganas” dipihak kesemua atau mana-mana antara 12 tertuduh LTTE dengan memiliki, mengedar atau memaparkan gambar-gambar tersebut atau Prabhakaran, ia adalah mustahil bagi pendakwaan untuk membuktikan bahawa mereka tidak termasuk dalam kategori pengecualian Seksyen 130B(4) Kanun Keseksaan yang mana ia sekadar terjumlah “sokongan, bantahan atau pertentangan pendapat”.

Berdasarkan sebab-sebab tersebut, saya telah membuat keputusan bahawa tiada prospek yang jelas untuk sabitan terhadap mana-mana 12 tertuduh ke atas mana-mana 34 pertuduhan tersebut.

Oleh yang demikian, dalam menjalankan kuasa budi bicara saya menurut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, saya telah memutuskan untuk memberhentikan prosiding-prosiding terhadap mereka berkuat kuasa serta merta. – MalaysiaGazette

— Kenyataan penuh menyusul

 

5 Komen

  1. sebab putus serta merta kena pada puak dia. cuba bukan yang salah pon dikorek sampai dapat. dah tentulah dia pekas peguam kepada siapa dulu. double standard

  2. Korang jugak yg hadap sgt nak PH dulu kan? Penyelamat agama bangsa dan negara kan?

    Skrg hamek…

    Kuasa dah terlepas… Dorang boleh buat apa shj sambil dibekap oleh munafiqin barua kafir harbi…

Comments are closed.