Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi pada sidang media mengenai penemuan audit forensik dan kajian semula kewangan NAFAS di Ibu Pejabat NAFAS, Kota Damansara, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 21 FEBRUARI 2020.

PETALING JAYA – Operasi di Ibu Pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di sini akan dipantau pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengerusi NAFAS, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, langkah itu diambil dalam usaha agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu membanteras aktiviti penyelewangan melibatkan orang dalam.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas Ahli Jemaah Pengarah (AJP) NAFAS bersetuju untuk melantik seorang pegawai badan penguatkuasa undang-undang berkenaan untuk ditempatkan di ibu pejabat berkenaan.

“Kita jadikan ini sebagai satu tempat untuk SPRM buat siasatan agar NAFAS dapat berdaya maju.

“Kita nak pastikan perjalanan NAFAS ini telus dan tidak berlaku ketirisan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Bagaimanapun menurut Phahrolrazi sehingga kini pihaknya masih lagi belum mendapat nama calon pegawai yang akan diletakkan di situ.

Tambah beliau, permohonan untuk mendapatkan pegawai tersebut sudah dibuat lebih sebulan lalu dan surat juga telah dihantar kepada SPRM bagi tujuan itu.

Katanya lagi, pihaknya masih menunggu persetujuan daripada agensi berkenaan dan menaruh keyakinan jawapan mengenai perkara itu akan dapat diketahui secepat mungkin.

Ditanya sama ada sebelum ini perkara itu pernah dilakukan, Phahrolrazi menjawab, ia merupakan kali pertama dilakukan oleh NAFAS dan turut dibuat oleh agensi-agensi lain selepas pentadbiran baru kerajaan pimpinan Pakatan Harapan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.