Roger Federer

PARIS – Roger Federer kali keempat tidak akan beraksi dalam kejohanan Tenis Terbuka Perancis dalam masa lima tahun terakhir ini.

Ini kerana, jaguh dunia itu baru sahaja selesai menjalani pembedahan pada lutut Rabu lalu.

Juara Grand Slam 20 kali itu menjalani pembedahan artroskopik pada lutut kaki kanan di Switzerland.

Federer yang menjuarai gelaran Roland Garros pada 2009 katanya, doktor telah memberi keyakinan bahawa beliau akan kembali pulih sepenuhnya.

Selain Terbuka Perancis yang akan membuka tirai pada 24 Mei hingga 7 Jun, Federer juga bakal terlepas aksi Dubai, Indian Wells, Bogota dan Miami.

Pada aksi terbuka Australia Januari lalu, Federer disingkirkan pada separuh akhir oleh Novak Jdokoci yang berjaya mempertahankan gelaran yang dimenangi musim lalu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast