TERKINI : OTAK Saya “Saya Yakin Sihat dan Bersih” – Ibrahim Ali

Kabinet digesa supaya menggunakan kebijaksanaan akal bukan dengan terus menerima cadangan pindaan terhadap hukuman kepada pemandu mabuk yang melanggar mati orang lain yang hanya digantung lesen.

Presiden penaja parti Putra Malaysia, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berkata, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan barisan kabinetnya tidak perlu terburu-buru menetapkan pindaan itu sebaliknya mendengar cadangan dari pelbagai pihak.

Katanya, sayap parti itu, Wira Wati telah melancarkan kempen kesedaran “Jangan Minum, Mabuk dan Pandu Malaysia” bagi mendapatkan sokongan pelbagai lapisan rakyat negara ini mengenai cadangan sesuai kepada pemandu mabuk.

“Selain idea cadangan gantung lesen memandu, kerajaan dikatakan mahu mengenakan hukuman penjara 20 tahun jika menyebabkan kematian kepada orang lain.