Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Semua tulisan yang mengaitkan nama Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu di media dan media sosial yang menggambarkan suasana mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan malam tadi hanya bersifat spekulasi.

Setiausaha Politik Presiden Amanah, Mohd Azhar Mat Dali berkata, kenyataan berkenaan bukan daripada Mohamad.

“Mohamad Sabu sentiasa menjunjung tinggi prinsip kerahsiaan mesyuarat dan tidak menyebarkan sebarang butir-butir perbincangan berkaitan mesyuarat malam tadi kepada khalayak mahupun media.

“Sehubungan itu, sekali lagi ingin ditegaskan bahawa Mohamad Sabu adalah tiada kaitan sama-sekali dengan cerita-cerita dan spekulasi yang disebarkan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pendek. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Teringin juga nak tahu apa pendapatan Mat Sabu dalam mesyuarat yang dikatakan AMAT TEGANG semalam?

    Mungkin ada idea2 brilliant yang diketengahkan?

Comments are closed.