BEIJING – Wabak koronavirus baru telah menjangkiti ratusan banduan di penjara-penjara China, selain lebih 100 orang penduduk Korea Utara,

Virus yang diberi nama baharu, Covid-19 itu semakin membimbangkan apabila ia merebak di Itali yang menyaksikan kematian pertama.

Mangsa pertama itu merupakan seorang lelaki berusia 78 tahun. Dia adalah antara 17 orang yang disahkan dijangkiti wabak tersebut.

Setakat ini, 234 orang banduan di luar Hubei dijangkiti virus itu – mengakhiri 16 hari penurunan kes berkenaan di China.

Sebanyak 271 kes lagi dilaporkan di penjara-penjara Hubei.

Meskipun begitu, stesen televisyen berkata, wabak itu masih belum berada di kemuncak meskipun kes meningkat di hospital di Beijing.

Jumlah kes baru Covid-19 di China hampir 400 orang dengan empat kematian.

China merekodkan sejumlah 75,567 kes jangkitan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) termasuk 2,239 kematian.

Dalam tempoh 24 jam, China melaporkan 892 kes dengan 118 kematian.

WHO memberi amaran peluang penyebaran wabak itu di seluruh dunia semakin hampir ekoran kes di Iran dan Lubnan.

Covid-19 kini sudah menular di 26 buah negara dan wilayah di luar China dengan 11 kematian.

“Masih terdapat peluang yang boleh kita fokuskan terutamanya dalam membendung, tetapi semakin sukar kerana kita mendapat penghantaran rantai sekunder dari negara lain sekarang,” kata Dr. William Schaffner, pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat dari Universiti Vanderbilt. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.