TERKINI : Kaji Semula Hukuman IS Sama Seperti LTTE – Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan semula hukuman terhadap pesalah IS sebagaimana perkara sama diberikan terhadap tahanan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Presiden PKR itu menyatakan bersetuju sekiranya kaji selidik dibuat terhadap perkara tersebut malah, beliau juga pernah menyuarakan mengenainya kepada Menteri Dalam Negeri.