TERKINI : Tolong Hormat!!! Jangan Desak Tun Dr Mahathir Lepaskan Jawatan – ARMADA

Hampir 100 ahli Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) berkumpul di luar Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) bagi mengatakan sokongan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mereka yang berhimpun sempena Mesyuarat Majlis Presiden PH yang diadakan sebentar tadi berhimpun secara aman dengan membawa sepanduk ‘Kekal Tun M’.

Menurut Exco Armada Pusat, Mohd Fahim Mohd Farid, himpunan itu diadakan untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri itu dan mengutuk sesiapa sahaja yang mendesak agar Dr Mahathir melepaskan jawatannya.