Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hadir Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 23 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – Beberapa pemimpin UMNO yang hadir untuk mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini mengambil sikap ‘mengunci mulut.’

Tiada sebarang komen diberikan mengenai desas-desus kerjasama dengan blok Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, dia tidak mengetahui apa-apa isu berkaitan dengan mesyuarat MT hari ini.

“Tak taulah saya, orang panggil meeting, saya datanglah,” kata bersahaja ketika ditemui di perkarangan Ibupejabat UMNO di sini hari ini.

Ditanya ada kaitan dengan desas-desus penubuhan kerajaan baharu, beliau berkata: “Wallahualam.”

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula pun berdiam diri.

Namun beliau mengakui beliau baharu sahaja diberitahu mengenainya.

Ditanya mengenai kenapa mesyuarat diadakan tergempar, beliau bergurau; “Malaysia Baru kan macam-macam.”

Seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Ahmad Shaberry Cheek juga hadir dan enggan memberitahu apa-apa kepada wakil media.

Begitu juga dengan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad.- MalaysiaGazette