Gambar hiasan

HONG KONG – Seorang pekerja asing dari Indonesia dipenjarakan kerana mencuri penutup mulut dan hidung di Causeway Bay, dekat sini.

Konsulat Besar Indonesia di Hong Kong berkata, pekerja itu telah mencuri penutup mulut dan hidung itu, kemudian menjualnya.

Suspek, Masriki dipenjara empat minggu.

Mahkamah juga mengarahkan Masriki memulangkan semula wang sejumlah HK$12,000 yang diperoleh daripada jualan itu.

“Konsulat Indonesia memantau kes ini secara rapat dan memastikan tertuduh menerima penterjemah dan penasihat undang-undang sepanjang perbicaraan,” kata Konsul Besar, Ricky Suhendar dalam satu kenyataan kepada Jakarta Post.

Ricky berkata, tertuduh mengaku salah atas perbuatannya dan menerima hukuman yang adil.

Tambahnya, pekerja-pekerja Indonesia di Hong Kong tidak mengalami masalah kekurangan bekalan penutup hidung dan mulut kerana mereka dibekalkan secara konsisten.

Setakat ini, sebanyak 150,000 keping penutup hidung dan mulut diedarkan kepada mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast