TERKINI : Tun M Senyum Dan Berlalu Selepas Mesyuarat Bersatu

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini enggan memberi sebarang ulasan selepas mempengerusikan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, awal hari ini.

Beliau yang juga Perdana Menteri tidak membuat sebarang sidang media seperti biasa sekiranya selepas mempengerusikan mesyuarat parti.

Mesyuarat kepimpinan tertinggi yang bermula jam 9 pagi tadi bagaimanapun berakhir jam 2.45 petang tadi di Ibu Pejabat Bersatu Malaysia, di Bangunan Yayasan Selangor.

Selain Mahathir, turut bertindak ‘kunci mulut’ dan tidak mahu berkongsi sebarang mesyuarat parti itu ialah Pengerusi Bersatu Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.