Kerajaan Melaka melancarkan Jualan Melaka Sayang Rakyat, inisiatif baharu bagi membantu meringankan beban kos sara hidup dengan menawarkan barangan segar dan keperluan harian pada harga sehingga 75 peratus lebih murah.

Sebanyak 2,000 kupon bersubsidi disediakan bagi pembelian 40 jenis barangan termasuk ayam pada harga RM5 seekor, daging, ikan, telur dan sayur-sayuran.

Program yang melibatkan subsidi kerajaan negeri sebanyak RM75,000 itu akan dijadikan acara bulanan sempena program Melaka Bila Larut Malam di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Bachang.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here