Jualan ayam pada harga RM5 seekor sempena Jualan Melaka Sayang Rakyat mendapat sambutan luar biasa apabila lebih 2,000 penduduk menyerbu pekarangan Pasar Besar MBMB malam tadi.
Kesemua ayam habis dijual dalam tempoh kurang dua jam menerusi kupon yang diedarkan kepada orang ramai.
Pembeli menyifatkan harga ditawarkan sangat berbaloi dan berharap program jualan murah itu diteruskan secara berkala serta diperluaskan ke seluruh negeri bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat.















