KUALA LUMPUR- Pada ketika perkhabaran mengenai mungkin berlaku pertukaran kerajaan dan segala desas-desus berkaitan kepimpinan negara – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohd. Al-Bakri hari ini menitipkan doa di media sosialnya.

Beliau berharap semoga Malaysia masih aman dan rasa cinta pemimpin dan rakyatnya kepada negara masih kukuh.

Dalam satu hantaran di Facebook, Zulkifli memuat naik sekeping gambar doa yang dititip bertulisan tangan dan ditandatangani beliau pada jam 4.45 petang hari ini.

Datuk Seri Dr. Dzulkifli Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Dzulkifli Mohamad Al-Bakri.

“Bismillahirahmanirrahim. Doaku semoga Allah SWT kurniakan Malaysia sentiasa dalam aman, begitu juga dengan para pemimpin diberi taufiq, hidayah dan sabar.

“Ya Allah berikan kepada kami rasa cintakan negara, kukuhkanlah perpaduan kami.

“Ya Allah, kepada-Mu kami berserah dan berharap,” tulisnya.

Hantaran tersebut mendapat hampir tiga ribu perkongsian dalam tempoh sejam selepas dimuat naik.

Para netizen juga mengambil kesempatan untuk memberikan komen dan meluahkan rasa mereka terhadap apa yang berlaku kepada politik tanahair akhir-akhir ini, terutamanya pada hari ini.

“Amin….bila tuan mufti pun bersuara mesti ada sesuatu ni..moga Allah pelihara Malaysia,” kata Muhammad Ifthiqal.

“Sempena drama politik besar petang ni mari kita aminkan doa mufti kita ni….,” kata Azaluddin Mohd. pula.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast