KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, esok.

Perkara itu disahkan sendiri Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

“Sudah tentu perkembangan terkini dia akan bincang dengan perkara yang tengah terjadi sekarang ini,” katanya kepada pemberita di luar pekarangan kediaman Anwar di Bukit Segambut, di sini, malam ini.

Terdahulu Anwar menganjur Majlis Zikir, Selawat Nurul Anwar, Bacaan Yasin dan Solat Hajat di kediamannya.

Hadir sama Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim.

Dalam pada itu, Farhash tidak melihat perkembangan politik hari ini memberi masalah kepada Anwar.

“Dia tenang, awak boleh tengok program dia masih berterusan walaupun orang panggil dia untuk mesyuarat, dia tenang.

“Kita rasa rakyat bersama kami, kita ada moral di peringkat akar umbi.

“Jadi saya tak nampak ada masalah di situ.

“Saya tak nak buat spekulasi, saya tak tahu sangat, tapi kita tengoklah esok macam mana,” katanya.

Beliau juga enggan mendedahkan jumlah ahli Parlimen yang menyokong Presiden PKR itu seperti mana dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita tak pernah buat aktiviti kumpul sokongan, jadi saya tak boleh beri jumlah tepat

“Saya fikir kerjasama dengan Amanah, DAP dan PKR masih erat, dalam PKR mungkin ada beberapa yang nakal, tapi kita tengoklah beberapa,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Lu x payah bincang la Bang Non… Lu PM tepi sudah laa… Lu PM menanti sampai mati pun kira ok apa… Padan muka lu… Dulu susah, lu mintak tolong org… Bila dah senang, lu khianat… Skrg lu rasalah sakit… Oppppsss lupa… Lu cuma sakit masa dlm penjara jer kannnn???

  2. Lu tak pyh nk kcing lh barua nuar..ko sendiri pun kcing..nuar tak blh tidor smlm fikirkn mslh takut2 terlepas lg bk jadi pm, ko tu tringin nk jadi mnteri kn…ko tak pyh jadi pjajar lh..

Comments are closed.