Pengerusi jemaah penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah bercakap kepada media pada Mesyuarat Perjumpaan Barisan Tertinggi Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 24 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR – UMNO tidak berbincang mengenai siapa yang bakal dicadangkan parti itu untuk jawatan Perdana Menteri susulan peletakan jawatan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, jawatan tersebut hanya akan ditentukan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Tiada (perbincangan siapa bakal calon PM). Itu Yang di-Pertuan Agong yang tentukan,” katanya ketika ditemui di Menara Dato Onn hari ini.

Mengulas situasi politik semasa negara, beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, berkata, sudah sampai masanya kerajaan bertukar atas pelbagai faktor.

“Baguslah ada tukar kerajaan. Pasaran saham kita jatuh, ringgit pun jatuh. Setakat ini semua sudah tiada jawatan menteri…semua menteri sudah gugur dan kerajaan pun sudah jatuh,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast