Banyin Tangpakorn ketika ditahan oleh pasukan keselamatan Thailand kerana dipercayai terlibat dalam kes penculikan dan pembunuhan. foto Agensi

BANGKOK – Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Thailand, Banyin Tangpakorn ditahan kerana didakwa terlibat bersama dengan tiga rakannya membunuh abang kepada seorang hakim di Mahkamah Jenayah.

Pegawai penyiasat telah menahan bekas Ahli Parlimen Nakhon Sawan yang berusia 56 tahun dari Parti Kuasa Rakyat semalam.

Ia susulan kehilangan mangsa sejak awal Februari.

Penahanan Banyin dibuat selepas seorang suspek ditahan dan mengakui telah menculik dan membunuh mangsa.

Mayat mangsa dikatakan telah dibuang ke dalam sebuah sungai di Nakhon Sawan.

Suspek berkenaan mengaku Banyin terlibat dalam jenayah tersebut.

Polis membuat tangkapan berdasarkan rakaman CCTV di hadapan Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan yang menunjukkan mangsa diculik oleh sekumpulan lelaki ketika dia memasuki sebuah teksi pada petang 4 Februari lalu.

Lelaki yang hilang itu juga adalah keluarga kepada seorang hakim yang terlibat dalam satu kes, yang mana Banyin adalah antara defendan yang didakwa menyusun dan menggunakan dokumen palsu untuk menuntut saham bernilai lebih Bt300 juta dimiliki  hartawan pembinaan Chuwong Saetang.

Chuwong ditemui mati di atas kerusi penumpang depan sebuah kereta yang dipandu Banyin yang tidak cedera selepas dia melanggar sebatang pokok di tepi jalan di daerah Prawet Bangkok pada 26 Jun lalu.

Polis mengesyaki penculikan mangsa itu bertujuan ada kaitan yang menuntut hakim menggugurkan kes tersebut.

Pada masa ini penyelam mencari mayat mangsa di sungai terbabit. – MalaysiaGazette
k

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.