Penasihat DAP, Lim Kit Siang bersalaman dengan sebahagian ahli keluarga ketika hadir untuk mengetahui keputusan permohonan jaminan kes individu dikaitkan dengan LTTE Saminathan A/l Ganesan yang diadakan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 29 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Dalam nada tinggi dan tegas, ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang melahirkan rasa tidak ‘senang’ dengan pelbagai spekulasi terutamanya yang disiarkan dalam laman media sosial tentang terdapat kemungkinan penubuhan kerajaan baharu.

Ahli Parlimen Iskandar Putri itu berkata, beliau ada terbaca tentang beberapa komen serta pendapat netizen dalam laman sosial yang meminta pimpinan DAP, segelintir PKR serta parti Amanah untuk ‘melarikan diri’ meninggalkan negara kerana mungkin akan ditangkap kelak.

Soal Kit Siang, atas dasar apa beliau mahupun partinya atau komponen Pakatan Harapan (PH) melakukan demikian.

“Kami adalah patriot, patriotik serta nasionalis. Mengapa perlu larikan diri? Tidak ada keperluan langsung.

“Kita dalam politik ini percaya sepatutnya kami diberikan penghormatan untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara. Janganlah kita sesekali membawa balik negara ini ke kancah kleptokrasi sekali lagi, lebih buruk kakitrokasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan di luar mahkamah Kuala Lumpur selepas pembebasan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaran daripada semua pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Kit Siang menyatakan demikian bagi mengulas penularan muat naik di laman sosial ‘mohon standby di airport, tahan pemimpin DAP, PKR, PAN yang hendak lari keluar negara’ dan ‘Kit Siang di kesan di lapangan terbang, mau lari ka’.

Ini merupakan kenyataan pertama Kit Siang mengenai spekulasi penubuhan kerajaan baharu.

Kata Kit Siang, beliau atau partinya tidak akan berhenti daripada berjuang memerangi kleptokrasi.

Semalam, Kit Siang semalam berada di Lapangan Terbang Pulau Pinang untuk ke Kuala Lumpur kerana mahu menghadiri sebutan kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P. Gunasekaran pagi ini.

Dalam pada itu, Kit Siang turut mendedahkan terdapat usaha untuk ‘rampasan kerajaan’ sah yang diundi rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

“Ini sememangnya akan memberikan rasa pengkhianatan kepada para pengundi yang mengimpikan ‘Malaysia Baharu’ melalui Pakatan Harapan (PH),” ujarnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Lim kit siang baik kau berambus cepat dgn anak kau Lim Gusn Eng sebelim kerajaan baru ungkit balik kes rasuah dsn terowong .. nanti dua dua kena campsk dlm penjara … hahahaa kau ansk beransk rasakanlah lepas ni .. sebelum ni kau anak beranak berlagak angkuh dan sombong .. puiiiiiii

Comments are closed.