Suasana di perkarangan pejabat DAP pada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP di Ibu Pejabat DAP, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 24 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Mesyuarat tergempar yang diadakan lebih kurang dua setengah jam oleh pimpinan tertinggi DAP di ibu pejabat parti itu hari ini telah selesai.

Perkara itu dimaklumkan seorang pegawai DAP yang enggan dikenali kepada sekumpulan media yang menunggu di lobi bangunan berkenaan.

Menurut pegawai itu, ketika ini, semua pimpinan yang hadir dalam mesyuarat tersebut sedang berhenti rehat dan akan masuk semula untuk mengikuti mesyuarat berikutnya.

Tanpa menyatakan masa mesyuarat kedua itu akan bermula, pegawai tersebut hanya memberitahu, ia berkaitan dengan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP. – MalaysiaGazette