Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kedah, Datuk Johari Abdul dan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir sampai di ibupejabat PKR untuk Mesyuarat Pimpinan Pusat (MPP) Khas tengah hari ini.

PETALING JAYA – Beberapa Pengerusi Majlis Pimpinan PKR (MPN) negeri hadir ke ibupejabat PKR negeri di sini, hari ini untuk mengadakan mesyuarat khas.

Mereka termasuk Pengerusi MPN Kedah, Datuk Johari Abdul, Pengerusi MPN Pahang, Fuziah Salleh; Pengasas PKR, Syed Husin Ali; dan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Turut hadir, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani.

Difahamkan Mesyuarat Pimpinan Pusat (MPP) Khas ini diadakan untuk membincangkan situasi semalam, yang mana dikatakan akan berlaku pembentukan kerajaan baharu, kerajaan pintu belakang.

Bagaimanapun, Johari ketika ditemui pemberita sebaik sampai di ibupejabat PKR di sini, menafikan mesyuarat itu akan membincangkan mengenai kerajaan pintu belakang antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Muafakat Nasional.

“Mesyuarat biasa saja. Tak bincang (kerajaan pintu belakang).

You (rujuk kepada wartawan) tengok cuaca.. Cerah, tak mendung,” katanya berkias.

Sementara itu, beberapa pemimpin PKR yang ditemui enggan mengulas mengenai agenda mesyuarat hari ini. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.