SKMM
SKMM gesa orang ramai manfaatkan Jendela Map bagi mengetahui status liputan rangkaian perkhidmatan jalur lebar di kawasan tempat tinggal.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus memantau penyebaran maklumat palsu di laman media sosial berikutan perkembangan semasa di dalam negara.

Di sebalik keghairahan berkongsi maklumat, SKMM mengingatkan orang awam agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih yang menyentuh sensitiviti kaum, agama  dan institusi Diraja (3R).

Menurutnya, sebarang perkongsian kandungan yang bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

Dalam hal ini, SKMM menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan dijalankan berdasarkan aduan daripada orang awam mengikut peruntukan undang-undang sedia ada secara telus demi melindungi hak dan kepentingan masyarakat.

Laporkan insiden atau kandungan berunsur 3R di media sosial terus kepada SKMM melalui aplikasi Whatsapp di talian 016- 220 6262 atau e-mel kepada [email protected]. – MalaysiaGazette