Keadaan kereta yang merempuh lokasi karnival di Volkmarsen. foto Agensi

VOLKMARSEN – Kira-kira 30 orang termasuk kanak-kanak cedera selepas sebuah kereta merempuh dalam perarakan karnival di bandar ini.

Polis berjaya menahan seorang lelaki warga Jerman, berusia 29 tahun.

Suspek disyaki terlibat dalam percubaan membunuh namun motif kejadian masih belum jelas kerana pihak penyiasat sedang melihat semua kemungkinan.

Kira-kira 10 orang kanak-kanak mengalami kecedaraan serius.

“Kejadian ini boleh diandaikan sebagai disengajakan,” kata jurucakap polis, Henning Hinn di tempat kejadian

Akhbar Bild melaporkan, ada beberapa kes kecederaan mangsa-mangsa yang mengancam nyawa.

Saksi-saksi di tempat kejadian mendakwa lelaki berkenaan seolah-olah mensasarkan kanak-kanak yang berada di karnival tersebut.

Susulan kejadian itu, polis membatalkan acara karnival berkenaan. – MalaysiaGazette