Pengerusi Barisan Nasional merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran (tujuh kanan), Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong (enam kanan), Ketua Dewan Ulamak PAS, Dr. Haji Nik Mohd Zawawi Salleh (lima kiri) dan barisan Ahli Majlis Tertinggi MIC bergambar kenangan sambil mengangkat tangan pada Perhimpunan Agung MIC ke-73 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 25 OGOS 2019

KUALA LUMPUR – Muafakat Nasional yang terdiri daripada Barisan Nasional, Pas dan semua komponen menolak cadangan kerajaan perpaduan dan mahu rakyat membuat keputusan kerajaan yang mereka mahukan menerusi pilihan raya umum.

Para pemimpin blok pembangkang menyifatkan krisis kepimpinan yang melanda sekarang dicetuskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri semata-mata kerana kemelut yang melanda gabungan Pakatan Harapan.

Oleh itu, blok pembangkang tidak mahu tertipu lagi kerana cadangan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Dr Mahathir kepada presiden UMNO dan Pas pagi tadi memberi gambaran bahawa Perdana Menteri Interim itu mempunyai kuasa mutlak. – MalaysiaGazette