KUALA LUMPUR – Zuraida Kamarudin yang dipecat keahlian Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengucapkan ‘bye-bye’ (selamat tinggal) kepada parti itu.

Beliau juga mengucap bye-bye kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah Anwar.

Ucapan itu dirakam oleh Zuraida bersama-sama para penyokongnya.

Semalam, PKR mengumumkan pemecatan Zuraida yang juga Naib Presiden PKR dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mengumumkan perkara itu berkata, pemecatan mereka berkuatkuasa serta merta.

Pemecatan itu ada kaitan dengan pengkhianatan dalam parti tersebut.

Tidak lama kemudian, Zuraida dan Azmin serta sembilan lagi Ahli Parlimen PKR mengumumkan keluar parti.

Mereka ialah Datuk Saifuddin Abdullah (Ahli Parlimen Indera Mahkota), Baru Bian (Ahli Parlimen Selangau), Datuk Kamaruddin Jaffar (Ahli Parlimen Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Ahli Parlimen Nibong Tebal) dan Datuk Rashid Hasnon (Ahli Parlimen Batu Pahat).

Selain itu, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar (Ahli Parlimen Segamat), Ali Biju (Ahli Parlimen Saratok), Willie Mongin
(Ahli Parlimen Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ahli Parlimen Ranau).

Pada bulan lalu, Zuraida diberikan surat tunjuk sebab oleh Lembaga Disiplin PKR dan beliau diberikan masa 14 hari untuk menjawabnya.

Surat itu menyentuh beberapa isu, termasuk ucapannya pada pada majlis makan malam pada 8 Disember lalu, susulan tindakannya yang didakwa tidak berpuas hari dengan Kongres Nasional PKR.

Susulan itu juga, Zuraida turut mengumumkan bercuti daripada jawatannya sebagai Naib Presiden PKR, bagi tidak mengganggu sebarang proses siasatan yang dijalankan oleh Lembaga Disiplin parti. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Sombong macam firaun..!!! Sedarlah bahawa kau berada di posisi sekarang adalah kerana parti keadilan. Tetapi akhirnya kau khianati mandat yang diberikan oleh rakyat melalui parti keadilan. Tanpa parti keadilan kau bukan siapa²…!!!!

Comments are closed.