Lokman Noor Adam UMNO
Lokman Noor Adam

KUALA LUMPUR – Datuk Lokman Noor Adam berharap UMNO mengembalikan  keahliaannya dan melantiknya semula sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Permintaannya itu ekoran dakwaannya sudah terbukti sekarang dan  ‘kegagalan’ kumpulan Muafakat Nasional bersetuju dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu menubuhkan unity government.

“Saya sudah cakap Tun Mahathir ini tidak boleh dipercayai dan UMNO tidak boleh sesekali bekerjasama dengan beliau. Malangnya saya dipecat tanpa diberi peluang membela diri.

“Hari ini terbukti saya tidak tipu tentang kerjasama Zahid (Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) dengan Tun Mahathir dan hari ini juga terbukti Mahathir tidak boleh dipercayai dan tidak meninggalkan DAP apabila beliau mahu membentuk unity government,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau merujuk kepada keputusan terbaharu Muafakat Nasional yang tediri daripada Barisan Nasional dan Pas yang mahu diadakan pilihan raya umum sebagai jalan terbaik daripada menyertai governmet unity yang DAP ada bersama di dalamnya.

Presiden Laskar Siber itu juga berharap MT UMNO memulangkan semula keahliaannya sebagai ahli kerana terbukti beliau menjaga parti daripada ‘dinodai’ Mahathir semula.

“Saya maafkan semua pihak yang memfitnah saya,” katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Muafakat Nasional tolak Tun M, mohon Agong bubar Parlimen

5 Komen

  1. muafakat nasional rasa lebih besar dari agong ke. sanggup keluar arahan kepada ydp agong. nampak kurang adab dan kurang hajar

    • Bro… UMNO MOHON YDPA bubar parlimen bukannya ARAH YDPA bubar parlimen la… Lain kali membaca pakai spek mata la 🙂

  2. Tu lah…. nampak sangat kebodohan mamat ni..dulu2 org tua suruh pi skolah asyik memonteg je…alahai ruginya org tua ko bagi ko makan.

Comments are closed.