Edisi MGTV | Liputan Proses Pembentukan Kerajaan Baharu

Seri Paduka Banginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan membatalkan semua pelantikan menteri-menteri kabinet sejajar dengan peletakan jawatan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd. Zuki Ali berkata, sehubungan itu, tugas-tugas anggota pentadbiran yang merangkumi Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri serta Setiausaha Politik adalah terhenti berkuatkuasa hari ini.

“Baginda telah berkenan membatalkan pelantikan Menteri-Menteri atas nasihat YAB Perdana Menteri sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan pada 24 Februari selaras dengan peletakan jawatan Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast