GPS

KUALA LUMPUR – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyatakan pendirian menyokong penuh Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya terus menerajui kepimpinan negara.

Setiausaha Agung GPS, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, sokongan itu sudah dinyatakan kepada Yang Dipertuan Agong dan Mahathir sendiri.

Ia disampaikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Abdul Rahman Zohari Openg selaku Pengerusi GPS.

“Ketua Menteri telah mendapat mandat sebulat suara daripada Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS dan kesemua ahli parlimen GPS memberikan sokongan kepada Tun Mahathir,” ujarnya.

Kenyataan GPS ini, katanya baggi menjawab pelbagai spekulasi yang tersebar mengenai kedudukan GPS dalam proses pembentukan kerajaan baharu sekarang.- MalaysiaGazette