Dr. Rais Yatim

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad boleh menubuhkan kerajaan baru jika mendapat sokongan majoriti iaitu lebih 112 kerusi.

Tan Sri Rais Yatim berkata, kerajaan yang bakal ditubuhkan itu bukan lagi Kerajaan Pakatan Harapan lagi.

Bagaimanapun, Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan itu berharap Ahli-Ahli Parlimen yang bakal menghadap Yang di-Pertuan Agong pada hari ini tidak ‘pusing belakang’.

Setakat berita ini ditulis, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mula menerima menghadap Ahli-Ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah antara pemimpin UMNO yang pertama memasuki Istana Negara, kira-kira jam 10.38 pagi tadi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast