Tengku Razaleigh Hamzah

KUALA LUMPUR – Susulan pembentukan Kerajaan Persekutuan baharu bakal diumumkan tidak lagi, ahli-ahli Parlimen UMNO dan Pas dijangka menghadap Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) di Istana Negara, hari ini.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah antara pemimpin UMNO yang pertama memasuki Istana Negara, kira-kira jam 10.38 pagi tadi.

Terdahulu, Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat kelihatan memasuki Pintu 2, Istana Negara kira-kira jam 10.30 pagi tadi dengan menaiki kereta Proton Perdana berwarna hitam.

Manakala Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas pula dilihat memasuki Istana Negara selepas kehadiran Tengku Razaleigh, kira-kira jam 10.45 pagi tadi.

Ini disusuli kehadiran bekas Timbalan Menteri Wilayah, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh memasuki Istana Negara kira-kira jam 10.55 pagi tadi dengan kereta Perodua Bezza. – MalaysiaGazette