TERKINI : Nak Pergi Hospital Tengok Mak “You All Jaga Diri Yaa” – Dr. Wan Azizah

Datuk Seri Dr. Wan Azizah menyatakan kebimbangannya terhadap pengamal media yang berkampung di hadapan kediaman peribadinya supaya menjaga kesihatan diri dengan baik.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Wanita pertama negara itu meluahkan keprihatinan itu ekoran kehadiran sebilangan besar pengamal media yang bertugas melaporkan perkembangan terkini politik semasa sejak Ahad lagi selepas Kabinet Menteri PH terbubar selepas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatannya pada Isnin semalam.

Beliau telah didekati pemberita semasa kenderaan Vellfire putih yang dinaiki beliau muncul di hadapan selepas pintu gate utama kediamannya dibuka.

Ketika ditanya destinasi beliau, kata Ahli Parlimen Pandan itu bahawa beliau sedang menuju ke hospital untuk melawat ibunya yang menerima rawatan di sana tanpa menamakan hospital tersebut.