Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh melahirkan kebimbangan beliau terhadap kemelut peralihan kuasa yang sedang berlaku ketika ini yang akan menjejaskan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

“Siapa yang korup pastinya akan tergesa-gesa mahu menghapuskan bukti.

“Pihak yang bersih akan berfikir mengenai pelbagai polisi baharu dan belanjawan yang terpaksa dihentikan seketika.

“Apa yang paling saya risaukan adalah gaji yang perlu dibayar oleh para peniaga dan keluarga-keluarga yang perlu diberi makan.

“Semoga kemelut ini berlalu dengan segera,” katanya dalam satu ciapan di Twitter hari ini.

Ahli Parlimen Segambut itu terpaksa meninggalkan jawatan Kabinetnya selepas Yang di-Pertuan Agong membatalkan semua lantikan Kabinet yang dibuat atas nasihat Perdana Menteri selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan semalam.

Ketika krisis peralihan kuasa ini masih belum menemui penamatnya, Yang di-Pertuan Agong meneruskan tanggungjawab baginda untuk mendapatkan pengesahan daripada ahli-ahli Parlimen bagi membantu proses pembentukan kerajaan persekutuan baharu.

Malah baginda telah berkenan untuk menembual sendiri kesemua 222 ahli Parlimen bermula petang ini. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Dibawah kerajaan PH petunjuk2 @tools bekenaan ekonomi menunjukkan ekonomi negara merundum dengan sangat teruk! Terburuk dalam sejarah!

    Tak usahlah lagi bercakap berkenaan kesejahteraan rakyat.

Comments are closed.