KUALA LUMPUR- Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pelantikan tiga pengurusan kanan berkuatkuasa yang terdiri daripada Datuk Merina Abu Tahir sebagai Ketua Pegawai Kewangan baharu berkuatkuasa 5 Februari lalu.

Wanita yang merupakan seorang akauntan bertauliah itu mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang pengurusan umum, kewangan, komersial, pembangunan perniagaan serta audit dalaman dan luaran.

TH juga mengumumkan pelantikan Mohamad Damshal Awang Damit sebagai Ketua Pegawai Pelaburan berkuatkuasa 20 Januari 2020.

Beliau merupakan lulusan MBA dari University of Toledo, Ohio, USA dan juga adalah pemegang charter sebagai Penganalisis Kewangan Bertauliah atau Chartered Financial Analyst (CFA) itu adalah “orang lama” TH sebelum menyertai Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Malaysia sebagai Ketua Pelaburan Ekuiti dan Pendapatan Tetap.

Beliau berkhidmat di TH sejak 1999 sehingga 2003 di bahagian   perancangan   korporat   dan   pernah   mengetuai   pengurusan portfolio pelaburan pendapatan tetap.

Mohamad Damshal mempunyai lebih daripada 26 tahun pengalaman bekerja khususnya dalam bidang pengurusan pelaburan domestik dan luar negara, analisa  kredit   serta  kawal  selia  risiko,  termasuk pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat dana pelaburan komersil.

Dalam pada itu, Muhammad Fawwaz Aminuddin dilantik sebagai Pengurus Besar Pelaburan Strategik berkuatkuasa 11 Februari 2020 bagi meningkatkan potensi pelaburan aset strategik TH. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Carilah pengurus2 dana yang terbaik. Beli semua aset2 berprestasi tinggi yang boleh menjana keuntungan berganda yang telah dilelong oleh PH!

    Bekerjalah untuk ummah!

Comments are closed.