Ahli Parlimen Shah Alam merangkap Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad bercakap kepada media ketika hadir di kediaman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 25 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad kecewa dengan strategi pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang keluar daripada Pakatan Harapan (PH), kata Khalid Samad.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan menganggap ia punca kenapa Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan Pengerusi Bersatu semalam.

“Tun letak jawatan kerana membebaskan diri daripada mandat asal dan mendapatkan mandat yang baharu. Mandat asal (dilepaskan) adalah berhubung dengan Bersatu yang keluar dari PH.

So, ia jadi masalah baginya,” kata Pengarah Komunikasi Amanah itu ketika ditemui media di perkarangan kediaman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Segambut Dalam pagi ini.

Khalid juga berpendapat tindakan Mahathir yang dikatakan enggan bekerjasama dengan UMNO juga sebagai berprinsip.

Khalid sebelum itu didakwa antara pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang tegas mahu Mahathir menyerahkan jawatan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mesyuarat Majlis Presiden PH baru-baru ini.

“Saya rasa apa yang dia (Tun M) buat adalah satu tindakan berprinsip. Ia menunjukkan dia (Tun M) memang nak ikut undang-undang dapat ditegakkan seadil-adilnya,” katanya.

Khalid juga mengakui pada mulanya terkejut dan sedih apabila mendengar Mahathir berundur dan mendakwa Mahathir berbuat demikian kerana kecewa dengan tindakan pimpinan partinya sendiri.

Sebelum itu Khalid tiba ke kediaman Presiden PKR dengan memandu sendiri kereta pacuan empat roda 4×4 Landrovers model lama pukul 9.20 pagi tadi.

Selepas Khalid, kenderaan Proton X70 yang dibawa anak Anwar, Nurul Izzah Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh pula memasuki ke dalam kediaman tersebut.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar ketika hadir di kediaman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 25 FEBRUARI 2020.

Turut masuk pukul 10 pagi adalah Senator Liew Chin Tong selaku bekas Timbalan Menteri Pertahanan dan pemimpin DAP Johor ke kediaman Anwar.

Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong ketika hadir di kediaman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 25 FEBRUARI 2020.

Suasana setakat ini di kediaman Anwar yang mana Ahli Parlimen Port Dickson itu masih berada di dalam kediamannya manakala isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah telah bergerak pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.

Kira-kira 10.15 pagi tadi, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul turut hadir melawat Anwar menaiki kereta Honda CRV.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast