Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 25 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang beliau akan meninggalkan UMNO dan Barisan Nasional.

“Jangan sesekali percaya spekulasi yang disebar sesetengah pihak di luar sana,” katanya dalam hantaran di laman Facebook malam tadi.

Menurut Hishammuddin, pendiriannya konsisten sejak dahulu lagi.

“Dan hari ini saya ulang sekali lagi, kesetiaan saya tidak berbelah bahagi. Saya tetap bersama UMNO dan Barisan Nasional,” kata bekas Menteri Pertahanan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.