Kenderaan rasmi Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 26 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau akan cuba mengadakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti dan hanya mengutamakan kepentingan negara sahaja jika dibenarkan berbuat demikian.

Beliau yang dilantik Perdana Menteri Interim berkata demikian dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung di RTM sebentar tadi

“Politik, orang politik dan parti politik terlalu utama politik sehingga lupa negara menghadapi masalah ekonomi dan kesihatan yang mengancam

“Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang,” katanya. – MalaysiaGazette