Pasukan polis mengepung kawasan premis milik Molson Coors Brewing Company yang menjadi lokasi tembakan rambang seorang lelaki. foto Agensi

MADISON – Sekurang-kurangnya lima maut dalam tembakan rambang di premis milik syarikat bir Molson Coor di Milwaukee, Wisconsin.

Suspek yang melepaskan tembakan turut terbunuh.

Motif serangan itu masih disiasat memandangkan kejadian baru sahaja berlaku.

Tembakan itu berlaku pada tengah hari ketika beratus-ratus kakitangan sedang bekerja.

Kejadian itu mendapat respons daripada polis tempatan dan Biro Siasatan Persekutuan.

Beberapa sekolah berhampiran dan premis perniagaan lain ditutup sejurus semasa insiden berlaku, menurut laporan media.

Ahli Kongres Wisconsin, Mike Gallagher yang mengesahkan insiden itu mengutuk kejadian terbabit.

“Perbuatan saling membenci sepatutnya tiada tempat dalam masyarakat kita,” katanya yang turut menzahir ucapan sedih kepada keluarga yang terlibat. – MalaysiaGazette