Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi membenarkan jemaah luar menunaikan ibadah haji di Masjidil Haram tahun ini dengan kawalan kesihatan ketat serta langkah pencegahan bagi membendung penularan wabak Covid-19.- Gambar hiasan.

RIYADH – Arab Saudi telah menggantung kemasukan jemaah umrah dan lawatan ke Masjid Nabawi.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Menteri Luar hari ini.

Arab Saudi juga menggantung kemasukan pelancong visa yang datang dari negara-negara wujud kes jangkitan.

Kementerian Luar Negeri Arab Saudi berkata, negara itu sedang memantau secara rapat perkembangan penularan Covid-19.

Menurut kementerian itu, langkah-langkah berjaga-jaga ini diambil untuk memberikan perlindungan yang terbaik kepada keselamatan penduduk dan setiap individu yang datang untuk melakukan umrah atau melawat Masjid Nabawi.

“”Langkah berjaga-jaga ini berdasarkan syor pihak berkuasa kesihatan yang kompeten untuk menggunakan standard pencegahan yang paling tinggi dan mengambil langkah-langkah pencegahan proaktif bagi mencegah penularan Covid-19,” menurut kementerian itu.

Kira-kira 7 juta jemaah umrah tiba di Arab Saudi setiap tahun dengan majoritinya mendarat di lapangan terbang Jeddah dan Madinah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast