Dr. Mahathir Mohamad

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat meninggalkan Perdana Putra jam 5.45 petang tadi.

Beliau yang kembali menjadi Pengerusi Bersatu dilihat tersenyum dan melambai ke arah pengamal media dan wartawan.

Dr Mahathir pulang ke rumah peribadinya di Mines setelah mengadakan sidang media Pakej Ransangan Ekonomi di pejabatnya.

Beberapa individu ternama antaranya Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador yang mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir.

Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut dilihat memasuki Perdana Putra pada jam 9.20 pagi.

Isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut memasuki Perdana Putra pada  jam 10 pagi.

Hari ini merupakan hari ketiga Dr Mahathir memasuki pejabatnya setelah dilantik sebagai Perdana Menteri Interim oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah pada Isnin lalu.

Sebelum itu pada hari yang sama, Dr Mahathir mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri semasa menerajui gabungan Pakatan Harapan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast