KUALA LUMPUR – Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Istana Negara selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Terdahulu Dr Mahathir yang memakai sut dan bersongkok dilihat menaiki Proton Perdana dengan nombor plat Malaysia 2020 memasuki perkarangan Istana Negara pada pukul 10.55 pagi dan keluar sejam selepas itu.
Pukul 3 petang ini beliau dijangka mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 di Dewan Putra, Bangunan Perdana Putra. – MalaysiaGazette
Kalau dirasakan payah, usah gawat Tun, serahkan kembali urustadbir negara kepada Yang DiPertuan Agung, manakala urusan negeri, serahkan kembali pada Sultan Negeri Negeri utk memilih PM dan MB.
InsyaAllah, kembali kpd sistem khalifah, masalah kompetensi dan rasa ego sombong dapat d bendung. Kisah panglima perang Khalid Al Walid boleh di jadikan contoh.