ROM – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Itali melonjak kepada 400 semalam ketika antarabangsa sedang berusaha menangani wabak maut itu.

Peningkatan kes di Itali itu mewakili lonjakan 25% dalam tempoh 24 jam, berbanding 80 kes pada hari Selasa.

Kebanyakan kes jangkitan di negara-negara Eropah dikatakan  berpunca dari Itali.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, kali pertama penularan Covid-19 begitu pantas di luar China.

Koronavirus baru itu dikesan di Wuhan, China pada akhir tahun lalu.

Sehingga hari ini lebih 80,000 orang dari 40 buah negara telah dijangkiti dengan wabak tersebut dengan majoriti kes masih dari China.

Covid-19, jangkitan paru-paru yang disebabkan oleh virus telah mengorbankan lebih 2,700 orang setakat ini.

Di Itali, kes itu menular di kawasan industri – Lombardi, Milan dan Veneto berhampiran Venice.

Negara ini merekodkan 12 kes kematian. – MalaysiaGazette