Abdullah Sani Abdul Hamid PKR Anwar Ibrahim President
Abdullah Sani Abdul Hamid

PETALING JAYA – Ahli Parlimen PKR  terkejut dengan keputusan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) yang sepakat memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri Kelapan.

Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abd Hamid menyifatkan perkembangan terbaru tersebut sebagai mengejutkan.

“Oh ya? Mengejutkan,” ringkasnya.

Selain Bersatu, semua 39 ahli Parlimen UMNO dan 19 daripada Pas selaku gabungan Muafakat Nasional bersetuju mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Begitu juga parti komponen BN iaitu MCA dan MIC.

Ini bermakna Muhyiddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pagoh sudah menerima 57 sokongan.

Sebelum ini, Majlis Presiden Pakatan Harapan menerusi satu kenyataan menyuarakan keyakinan bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat jumlah pencalonan terbesar dalam kalangan ahli Parlimen parti itu menerusi proses temubual yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.-MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Tak payah buat terkejuk2 lah…. Itu semuanya untuk kebaikan bersama, jadi apa salahnya?

Comments are closed.