Gambar hiasan

TOKYO – Tokyo Disneyland dan Tokyo DisneySea akan tutup mulai Sabtu ini hingga 15 Mac susulan kebimbangan penularan wabak koronavirus.

Oriental Land Co yang mengendalikan taman tema Tokyo Disney Resort berkata, polisi itu seiring dengan kehendak kerajaan yang mahu acara-acara besar dibatal atau ditangguh selama dua minggu.

Beberapa acara awam telah dibatalkan di Jepun ekoran wabak tersebut.

Di samping itu, kerajaan meminta semua sekolah pelbagai peringkat di seluruh negara ditutup selama sebulan mulai minggu depan.

Oriental Land berkatam ia merancang untuk membuka semula taman-taman berhampiran Tokyo pada 16 Mac tetapi akan menentukan jadual yang tepat selepas berunding dengan agensi-agensi kerajaan. – MalaysiaGazette