Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim bercakap kepada media selepas Mesyuarat Ahli-Ahli Parlimen BN di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 28 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Orang ramai tidak perlu bimbang dengan kemelut politik yang berlaku pada masa ini kerana ia pasti dapat diselesaikan dalam tempoh segera.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau yakin krisis yang melanda tidak akan berpanjangan dan ia mampu terungkai selewat-lewatnya minggu depan.

Katanya, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pasti akan membuat keputusan yang baik dan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tetap bersiapsiaga.

“Rakyat tidak perlu gelisah lagi sebab saya rasa satu keputusan yang baik dengan cara yang terhormat dan terbaik.

“Saya rasa minggu depan kegelisahan rakyat tidak lagi berlaku dan negara akan kembali aman dan damai dalam kerajaan yang memperjuangkan agama bangsa dan negara,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat ahli-ahli Parlimen BN di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.

Dalam pada itu Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau mendakwa, keadan huru-hara dalam politik yang berlaku sejak dua tahun lalu disebabkan perkara-perakar tidak betul dibuat oleh kerajaan hingga rakyat menjadi mangsa yang dizalimi.

Ujarnya, perkara itu telah menyebabkan dalam masa beberapa hari ini berlaku peristiwa sedih yang tidak sepatutnya berlaku dan rakyat harus bersabar dengan itu.

Tambanya, ketidaktentuan politik itu berpunca apabila gabungan parti dalam Pakatan Harapan masing-masing mahu mengenengahkan ideologi masing-masing hingga menyebabkan rakyat terpaksa menanggung derita.

“Kita bersyukur dan kena sentiasa berdoa kepada Allah supaya negara ini dapat diselamatkan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. apa pula dok salah ph mengetengah aidiologi masing2 nya. punca masaalah dari tahik umno jugak lah. parti bersatu ingin jadi pm tidak sabar ikut giliran. padahal lepas anwar muhyidin dah tpm. kebetulah kena hasut semua terbang.

  2. PH mmg x pnh salah. Sampai mati pun semua org lain punya salah. Dah habis org nak disalahkan, akhirnya nnt terpaksa salahkan Thanos.

    Tu pasal PH mati.

Comments are closed.