UMNO dan Pas mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kelapan.

KUALA LUMPUR – Kesemua 39 ahli Parlimen UMNO dan 19 daripada Pas selaku gabungan Muafakat Nasional bersetuju mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Keputusan tersebut dinyatakan dalam satu kenyataan yang ditandatangai oleh Setiausaha Agung kedua-dua parti iaitu Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan.

Dengan keputusan itu bermaknsa 57 ahli Parlimen gabungan Muafakat Nasional menyokong Ahli Parlimen Pagoh itu.

Sementara itu, Barisan Nasional (BN) dalam satu kenyataan berkata, komponennya iaitu MCA dengan dua ahli Parlimen dan satu Ahli Parlimen MIC turut bersetuju dengan keputusan tersebut.

“Ini bermakna seramai 42 Ahli Parlimen UMNO, MCA dan MIC memberi sokongan sepenuhnya kepada YB Tan Sri Muhyiddin Yassin,” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Setiusaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Penat jer kami lapisan rakyat bawahan beria2 sokong maufakat nasional supaya kalian ada pendirian. Dah persembahkan pada YDPA mintak bubar parlimen, sehari je dah berubah pendirian. Aku tak undi dah maufakat nasional… Pegi mampos lagi baik.

  2. Dengar cite, mungkin Agong tak nak bubar parlimen kerana kos tinggi dan takut merebaknya wabak korona virus. Takut kalau tak namakan sesiapa Anwar akan menang, so MN ambil mudharat yang lebih kecil.

  3. Baguslah akhirnya termakbul juga doa orang melayu dan bumiputra, Muafakat Nasional diteruskan setelah kata dua dari Agong, harap Bersatu dapat tarik Warisan masuk Muafakat Nasional dengan tidak menganggu Warisan diSabah. Dulu dalam BN ada banyak parti Cina dan India, mereka boleh sahaja membahagikan kerusi, kali ini biar semua parti Melayu bermuafakat, walau ada UMNO, PAS, Bersatu dan Warisan. Pemimpin menunjukkan tauladan. Sudah lama orang Melayu berpecah kinj sudah tiba masa bersama membina agama, bangsa dan negara supaya kita dihormati.

  4. Alhamdulillhh..yg pntg, nyahkan DAP & bang non xjd PM..nmpk sgt umno & pas pentingkan muafakat melayu..mn sadek sigaraga lembut tisu?..tolak umno konon

  5. Cadangan barisan kabinet pun nampaknya berimbang, merangkumi semua kaum, tiada yang tertinggal.

    Yang tak dibariskan, yang cerah2, bijak2, moga dapat ditempatkan dipelbagai jabatan, agency, GLCs, entah apa jadahnya lagi, pastikan semua terlibat dan bekerja kuat untuk membuktikan anda2 semua lebih baik dari barisan menteri pakatan hancing.

    Terlalu banyak ruang untuk berbuat bakti kepada rakyat. Bekerjalah untuk rakyat!

Comments are closed.