Mohd Shukrie Mohd Salleh

KUALA LUMPUR- Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) yang baharu berkuatkuasa 2 Mac ini.

Beliau menyertai MAHB pada Mei tahun lepas sebagai Ketua Pegawai Operasi dan seterusnya dilantik sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan pada Januari lalu selepas Raja Azmi Raja Nazaruddin meletakkan jawatan.

Sebelum menyertai MAHB, beliau pernah menerajui pelbagai syarikat di Malaysia antaranya KL Airport Services Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat DRB-Hicom Group.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Konsortium Logistik Bhd. dan Pos Malaysia Bhd.

Mohd. Shukrie juga pernah menerajui Redbox Logistics milik AirAsia sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi di AirAsia Malaysia. – MalaysiaGazette